Connect with us

Hiburan

Fazura Teruja Tunggu 14 September

September adalah bulan yang paling dinanti-nantikan oleh Fazura.

Published

on

Kesibukan kerja membataskan waktu pelakon Nur Fazuza Sharifuddin untuk bersama insan tersayang.

Selepas hampir dua tahun hidup bersama, Fazura kini tidak sabar untuk meraikan ulang tahun kelahiran suami tercinta, Fattah Amin pada 14 September ini.

Tahun lalu, pelakon filem Gol Dan Gincu ini terpaksa berjauhan pada hari jadi Fattah kerana berada di luar negara atas tuntutan kerja.

“Sepanjang berkenalan dan hampir dua tahun menjadi suami isteri, saya belum berpeluang meraikan Fattah pada hari ulang tahun kelahirannya kerana sibuk dengan kerja.
“Buat masa ini, saya belum ada sebarang perancangan pada hari istimewa itu. Kebetulan, saya juga bakal meraikan hari jadi pada bulan depan iaitu 27 September,” katanya.

Wah, sambut ulang tahun berdua di bulan yang sama mestilah meriah kan!

Fazura juga berdoa agar bulan istimewa itu bakal membawa keberkatan kepada mereka.

“Harapan saya, September ini membawa keberkatan dalam hidup kami berdua,”ujarnya lagi.

Tak sabar nak tengok reaksi Fattah bila dapat kejutan dari Fazura. Kita wait and see okay!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement