Connect with us

Hiburan

Fauziah Latiff Lakon Watak Tun Hasmah Untuk Filem Pertama

Wah, mesti epik filem Mahathir : The Journey. Tak sabarnya!

Published

on

Pasti ramai tidak sabar menantikan filem Mahathir : The Journey arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan.

Untuk pengetahuan, penyanyi dan pelakon terkenal Fauziah Latiff bakal melakonkan watak Tun Dr Siti Hasmah, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam filem berkenaan.

“Saya akui ia tanggungawab yang sangat berat kerana ini filem pertama lakonan saya.

“Pada masa sama, saya masih baru dalam bidang ini dan masih banyak yang perlu belajar daripada pengarah serta pelakon lain.

“Saya banyak buat kajian mengenai Tun Hasmah menerusi buku, suratkhabar saluran You Tube dan sebagainya,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Ramlah Zainal.

Selain Fauziah, filem yang menelan belanja RM6 juta itu turut diterajui Azhar Amir melakonkan watak Tun Dr Mahathir, Hilal Azman sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah) dan Ning Baizura (Datin Paduka Marina Mahathir).

Manakala Dazrin Kamarudin sebagai Syed Saddiq, Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Muhamad Harminder Singh (Gobind Singh Deo).

Penggambaran filem Mahathir : The Journey akan dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Langkawi, Alor Setar, Pulau Pinang dan Hiroshima, Jepun.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement