Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Fauziah Latiff Bakal Ada Single Rancak?

Penyanyi, Fauziah Latiff yang mesra disapa Jee kini sedang sibuk menguruskan studio tarian dan muzik miliknya namun tetap mencuri peluang untuk meluncurkan single terbaharu.

Published

on


Penyanyi, Fauziah Latiff yang mesra disapa Jee kini sedang sibuk menguruskan studio tarian dan muzik miliknya namun tetap mencuri peluang untuk meluncurkan single terbaharu.
Mengharapkan tahun 2019 membawa tuah, pelantun lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu dikatakan bakal menghasilkan sebuah single rancak sebagai pemanas enjin kerjaya nyanyiannya.

“Saya ingin mengeluarkan lagu berentak rancak kerana rindukan kehangatan dan perasaan lagu rancak,” katanya.

Namun, penyanyi itu sedar perlu bersedia dan mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelum memulakan lagu-lagu berentak rancak.

“Cuma untuk lagu genre sebegitu, saya perlu mempersiapkan diri dari sudut fizikal”, katanya lagi.

Dikenali dengan lagu-lagu berentak balada, Jee juga memberitahu dia sudah ada lagu baharu, cuma proses rakaman terpaksa ditunda seketika.

“Saya memang sudah ada lagu baharu, cuma masih belum memulakan proses selanjutnya kerana syarikat yang menjalin kerjasama dengan saya sangat sibuk, jadi rakaman terpaksa ditunda seketika,” ujarnya. 

Menyentuh soal peribadi, Jee kini bahagia dengan apa yang dimilikinya dan serahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement