Home > #CeriteraKool > Fathia campur tangan hal Iqram

Selepas kecoh isu Iqram Dinzly berperangai pelik, kini Fathia Latif pula dikatakan seakan mahu terjebak sama dengan meninggalkan komen berbaur provokasi terhadap Iqram ketika actor itu membuat siaran langsung melalui instagram, Selasa lalu.

 

 

Antara komen Fathia berbunyi ‘pergi bunuh diri’ dan ‘tak ada scene bunuh diri ke?’ yang mencetuskan perdebatan netizen.

Berikutan insiden itu, Iqram berang lalu berkongsi video menempelak aktres jelita itu di laman sosial.

Bagaimanapun, Fathia sudah meminta maaf atas keterlanjurannya meninggalkan komen berbaur provokasi tersebut.

 

 

“Salam untuk semua… Saya ingin meminta maaf atas pertuturan saya dengan Iqram, tempoh hari. Ini hanyalah salah faham memandangkan saya dan dia dalam keadaan baik.

“Saya tidak mempunyai niat buruk (mala fide) sama sekali kepada beliau. Sekali lagi saya minta maaf di atas sensitiviti isu ini,” katanya melalui entri terbaharu pada laman sosial peribadinya, kira-kira jam 10.45 malam tadi.

 

 

Sumber: Insatgram fatiyalatif

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply