Semasa & Hiburan
Fasha Sandha & Aidil Aziz Nikah Hujung Mac
Tahniah Fasha Sandha, kerana bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz pada penghujung Mac ini.
Tahniah Fasha Sandha, kerana bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz pada penghujung Mac ini.
Majlis nikah dan bersanding akan diadakan di Perlis, sementara majlis sebelah lelaki pula akan berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan.
Untuk majlis di sebelah lelaki pula, perancangannya pada April. Pada majlis itu, kami turut menjemput peminat hadir. Jumlah jemputan 5,000 orang.
Fasha bagaimanapun mengakui belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinannya susulan sedang sibuk dengan penggambaran.
Perancang perkahwinan sudah ada, tetapi saya belum ada masa untuk berjumpa dan berbincang. Saya nak selesaikan dahulu soal kerja baru boleh fikir mengenai majlis kahwin.
Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia lima tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Sumber dari: Harian Metro