Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Farid Kamil Di Hukum Penjara!

Farid didapati bersalah guna ganja THC

Published

on

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid Kamil memilih untuk berdiam diri di mana tertuduh sepatutnya tampil untuk membela diri.

Sumber: Harian Metro

Nor Ariffin turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah.”
Dalam prosiding itu, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Berikutan itu Farid Kamil akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan.

Sumber : Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement