Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Farah Nabilah Risau Dugaan Bertunang, Mahu…

Calon sudah ada, bakal umum tarikh perkahwinan kelak.

Published

on

Pelakon Farah Nabilah mengakui sudah mempunyai pilihan hati dan tidak lama lagi bakal menamatkan zaman solonya.

“Insya-Allah, kalau bukan tahun ini, mungkin kami berkahwin tahun depan. Jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan kongsi bersama umum,” katanya.

Bagaimanapun, Farah menegaskan dia mahu terus berkahwin tanpa melangsungkan pertunangan kerana bimbang terhadap dugaan yang akan dilalui.

“Kalau boleh, saya mahu mengelakkan pertunangan. Lebih baik saya terus sahaja mendirikan rumah tangga. Saya perhatikan, bermacam-macam dugaan dilalui oleh pasangan bertunang sekarang.

“Kalau perlu juga bertunang, saya mahu ia diadakan secara senyap-senyap. Biasalah, apabila heboh sudah bertunang, ada sahaja gangguan dan dugaan menjelma,” ujarnya lagi.

Apa pun, diharapkan segala persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar dan sama-sama lah kita tunggu kenyataan dari Farah nanti.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement