Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

FAM Guna Sistem VAR Musim Depan?

Penggunaan VAR dipercayai antara alternatif untuk mengelak pengadil daripada membuat keputusan meragukan.

Published

on

Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) musim depan, susulan mutu pengadilan yang semakin meruncing.

Menurut pengerusinya, Md Dali Wahid berkata, perkara terbabit akan dibincangkan dan diperhalusi dengan lebih terperinci.

“Penggunaan VAR perlu diperhalusi dan dibincangkan secara menyeluruh dengan keputusan terbabit akan ditentukan sekretariat FAM.

“Namun, saya tidak menolak kemungkinan penggunaan VAR pada musim depan jika mampu membantu pengadil membuat keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pengadil.

“Kita sudah kenal pasti kelemahan terbabit. Antaranya pengadil tidak konsisten dan kurang berkeyakinan terhadap tugasan mereka.

“Bagi mengatasinya, kami akan mengadakan kursus bagi memantapkan lagi pengadil seterusnya memastikan mereka lebih berkeyakinan dan mampu membuat keputusan lebih tepat,” ujarnya lagi.

Penggunaan VAR dipercayai antara alternatif untuk mengelak pengadil daripada membuat keputusan meragukan sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement