Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

FAM Beri Hadiah Aidilfitri Kepada Penyokong!

Promosi Beli 1 Percuma 1 untuk aksi play off Malaysia – Timor Leste

Published

on

Sebagai menghargai sokongan peminat terhadap Harimau Malaya, Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM memberi hadiah hari raya kepada mereka yang mahu menyaksikan aksi play-off Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Timor Leste pada 7 dan 11 Jun ini.

Hadiah itu ialah FAM menawarkan promosi “Beli 1 Percuma 1” bagi tiket kedua-dua perlawanan terbabit yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan pada hari raya ketiga dan ketujuh.

Dengan usaha ini, penyokong diharapkan dapat hadir memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe.

Harga tiket ditetapkan bagi setiap perlawanan sama seperti perlawanan Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia sebelum ini, iaitu RM30 bagi tempat duduk terbuka, RM50 bagi grandstand dan RM5 bagi tiket kanak kanak berusia 7 hingga 12 tahun.

Menuut Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam, bagaimanapun, dengan tawaran promosi “Beli 1 Percuma 1”, penyokong akan memperoleh 2 tiket pada satu harga apabila mereka hadir ke stadium bagi semua kategori tiket iaitu grandstand, terbuka dan kanak kanak.

www.fam.org.my

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement