Uncategorized
Faktor-Faktor Perlawanan Liga Super antara KL, Perak Ditunda
Permohanan pasukan bola sepak Perak untuk menunda perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan malam esok diluluskan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Permohanan pasukan bola sepak Perak untuk menunda perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan malam esok diluluskan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
MFL membuat makluman mengenai penundaan perlawanan tersebut dalam satu kenyataan rasminya melalui media sosial Facebook sebentar tadi.
PINDAAN PERLAWANAN KUALA LUMPUR MENENTANG PERAK——————Pasukan Perak telah membuat permohonan bertarikh 13 Februari…
MFL memberi sokongan penuh dengan semangat kesukanan untuk melihat pasukan Perak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Asia 2019.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) merakamkan penghargaan kepada MFL atas penundaan perlawanan tersebut.
“Pafa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), MFL dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) di atas pertimbangan dan kelulusan dalam masa yang singkat.
“Pafa ingin menyatakan permohonan maaf secara terbuka di atas kenyataan awal dari pihak Pafa yang menyatakan MFL telah menolak permohonan itu sebelum ini.