Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Fakta Yang Ramai Belum Tahu Makan Kulit Ayam Bagus Untuk Jantung

Published

on


Kau ni suka betul makan kulit ayam, tak elok tau untuk kesihatan!”

Siapa je yang tak suka makan kulit ayam, tambah lagi jika digoreng ranggup kemudian cicah pula dengan sos. Umpph, memang tak boleh ditolak! Mungkin ada di antara anda yang membuang kulit ayam kerana percaya dengan kenyataan bahawa bahawa ia tidak baik untuk kesihatan namun anda perlu tahu bahawa setiap apa jua makanan yang diambil secara berlebihan mampu memberi kesan negatif kepada status kesihatan anda, walaupun ianya adalah ‘healthy food’.

Pakar kesihatan dari Universiti Harvard menjelaskan bahawa kulit ayam memberi manfaat kepada kesihatan jantung. Haa mesti tak percaya kan? Untuk pengetahuan anda, lemak di bawah kulit ayam adalah lemak tak tepu (unsatured fat) dan ia mengandungi asid lemak omega-6 yang baik untuk tubuh badan.

Lemak yang terkandung di bawah kulit ayam bukan lemak trans iaitu sejenis lemak tidak tepu yang jarang didapati secara semula jadi seperti makanan diproses. Bahayanya lemak trans pada tubuh badan adalah ia boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan masalah kesihatan lain seperti darah tinggi.

Image result for kulit ayam goreng tak elok

Sumber: siraplimau 

Jangan Buang Kulit Ayam

  • Bukan hanya sedap, malah kulit ayam juga mampu membuatkan daging yang dimasak lebih lazat dan tidak kering
  • Anda tidak perlu menambah garam pada daging kerana lemak daripada kulit ayam akan menambah rasa pada daging.
  • Tidak perlu minyak terlalu banyak ketika menggoreng ayam, kerana daging dan kulit ayam tidak akan menyerap minyak.

Jika diambil dalam kuantiti tidak terkawal boleh menyumbang kepada obesiti, tetapi dalam masa yang sama ia memberi manfaat yang baik juga pada tubuh badan. Mulai sekarang, ubah pemikiran anda dan keluarga. Hidup sihat badan selamat!

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Hanya Di Busan, Dekat Malaysia Takkan Dapat Jumpa 100 Jenis Fish Cake

 

 

 

 

 

 

Sumber: freemalaysia

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement