Connect with us

Hiburan

Faizal Tahir Kongsi Kesedihan Anak Beruang Terlibat Dalam Kemalangan

Tiba-tiba mata macam potong bawang..

Published

on

Selepas mengambil keputusan untuk berehat sebentar dalam bidang nyanyian, Faizal Tahir dilihat aktif di laman Twitter miliknya.

Baru-baru ini, tular video seekor anak beruang terlibat dalam kemalangan dan lebih menyayatkan hati, selepas kejadian tersebut, beberapa ekor beruang lain kelihatan menarik anak beruang itu.

Kejadian berkenaan sekaligus mengundang sebak netizen dan turut mendapat perhatian daripada penyanyi yang popular menerusi lagu Mahakarya Cinta itu.

Video yang berdurasi seminit itu dirakam di Immokalee, Florida yang juga memaparkan tiga ekor beruang kelihatan bergilir-gilir muncul dari bahu jalan dan menariknya ke tepi dengan menggunakan mulutnya sebelum beralih ke bahagian rumput yang lebih selamat.

Tiga ekor beruang yang lain dilihat bergilir-gilir muncul dari bahu jalan dan menariknya ke tepi dengan menggunakan mulutnya sebelum beralih ke bahagian rumput yang lebih selamat.

Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida bagaimanapun mengesahkan anak beruang itu telah mati.

 

 

Sumber daripada: Twitter Faizal Tahir & Sinar Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement