Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Fadilah Mansor Sakit Rindu

Fadilah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Isnin lalu selepas mengadu sakit dada dan tidak boleh bercakap.

Published

on

Dramatis terkenal Fadilah Mansor mengakui kesihatannya merosot akibat kehilangan suami tercinta, penyanyi Allahyarham A Rahman Hassan sejak 13 Jun lalu.

“Setahu saya tidak pernah ada penyakit jantung. Tak tahu macam mana mungkin saya terlampau stress, tiba-tiba sahaja rasa sakit dan pedih di bahagian dada, sesak nafas dan tak boleh nak bercakap,” katanya.

Fadilah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Isnin lalu selepas mengadu sakit dada dan tidak boleh bercakap.

Dalam pada itu, Fadilah menegaskan dia harus keluar dari rumah arwah suaminya itu kerana terlalu banyak memikirkan arwah.

“Saya kena juga keluar dari rumah itu. Say sudah tidak boleh duduk di sana.

“Saya sering terbayang-bayang arwah turun tangga dan bercakap dengan saya.

“Saya mahu keluar, cari mana-mana rumah dan tinggal di sana. Saya mahu duduk sendiri. Rumah arwah tu saya nak serahkan kepada anak-anaknya untuk mereka uruskan,” ujarnya lagi.

Fadilah berkahwin dengan A Rahman pada 25 Disember 2014 sebelum penyanyi legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada 13 Jun lalu.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement