Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

F.R.I.E.N.D.S 25: Burj Khalifa Diselimuti Lampu

Mesti ramai yang mengharap kita ada dekat situ pada waktu kejadian kan..

Published

on

Selepas google melakukan kejutan dengan memaparkan doodle bagi meraikan ulangtahun siri F.R.I.E.N.D.S yang ke 25, semalam 23 September 2019 giliran Burj Khalifa pula diselimuti dengan lampu yang berwarna warni untuk paparan umum.

Lampu berkenaan turut disertakan dengan lagu tema siri tersebut yang dinyanyikan oleh The Rembrandts, berjudul I’ll be there for you.

Video berdurasi 00:56 tersebut turut dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi Burj Khalifa (menara tertinggi di dunia) yang terletak di Dubai.

Lampu berkenaan turut memaparkan pelbagai babak yang tidak dapat dilupakan daripada 236 episod termasuk frasa yang sentiasa digunakan oleh Joey (Matt le Blanc ) iaitu “How You doin?”

Sementara itu menerusi laman Instagram pelakon-pelakon yang menjayakan siri berkenaan termasuk Lisa Kudrow, Courtney Cox, dan David Schwimmer turut mengucapkan selamat hari ulangtahun yang ke-25 serta berterima kasih kepada peminat dari seluruh negara yang tidak henti menyokong mereka.

View this post on Instagram

Celebrating a Thursday night 25 years ago. We might be in different places but we are connected💕🍩🤳#STILLTHEREFORYOU #FRIENDS #friends25thanniversary #[email protected] #COMEONALREADYJEN

A post shared by Lisa Kudrow (@lisakudrow) on

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement