Semasa & Hiburan
Ezzaty Abdullah Jadi Ketua Keluarga Sepanjang PKP
Stay home and stay safe.
Sebelum ini, Menteri Kerja Raya mengumumkan hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar memberi barangan keperluan atau ubat-ubatan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pelakon Ezzaty Abdullah memberitahu dia mengambil alih peranan suami, Azwan Kombos selaku ‘ketua keluarga’.
Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya Ahad lalu.
Memasuki PKP fasa ketiga, Ezzaty memaklumkan dirinya hanya keluar sebanyak tiga kali sahaja bagi membeli barang dapur.
Jelas ibu beranak satu itu lagi, duit juga dapat dijimatkan apabila terus membeli stok makanan untuk dua minggu.
“Keluar berperang dgn barang dapur utk kali ke3 dalam pkp ni. 3 fasa pkp 3 kali keluar. Kalau tak pkp hari2 keluar. Skrg 2 minggu sekali je keluar. Duit pun jimat. Beli terus brg utk 2 minggu. #stayhome #kitajagakita saya ketua keluarga sepanjang pkp. Sebab tu saya je yang keluar,” tulisnya.
Bagus juga apabila wanita yang jadi ‘ketua keluarga’, boleh memudahkan tugas para suami yang adakalanya tersilap membeli barang keperluan rumah.