Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Ezad Lazim Suruh Mamat Kahwin

Semoga Mamat dipertemukan jodoh yang sesuai suatu hari nanti.

Published

on

Vokalis Exist, Ezad Lazim menasihatkan sahabatnya, Mamat berkahwin agar tidak lagi hilang arah.

“Saya kasihan tengok dia seorang diri. Sekurang-kurangnya, ada orang menjaga makan pakainya.

“Mamat tidak boleh terus hidup bersendirian. Dia ada anak tetapi menetap dengan bekas isterinya. Dia pernah cakap hidupnya kurang kasih sayang.

“Selain itu, Mamat selalu beritahu betapa saya beruntung kerana memiliki keluarga,” katanya.

Ezad yang juga pernah berdepan masalah dadah amat memahami situasi yang dilalui Mamat.

“Saya juga pernah terjerumus dengan najis dadah, suatu ketika dahulu. Mereka yang pernah melalui situasi itu perlu diberi sokongan moral berterusan.

“Bukan mudah berubah apabila terjebak dengan najis dadah. Sebab itu saya faham dugaan dilalui Mamat. Benda ini tidak mustahil sampai mati akan terkesan,” kata Ezad lagi.

Sebelum ini, Mamat pernah berkahwin dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001 tetapi bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aleeya Mysara, 17, Mohd Eiki Daniell, 15, dan Dylea Mysara, 13.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement