Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Exist Bersatu Semula Selepas 20 Tahun Hilang

Selepas lebih 20 tahun menghilang, anggota asal Exist bakal bersatu semula pada tahun ini dan tampil mengadakan konsert bersama.

Published

on

Selepas lebih 20 tahun menghilang, anggota asal Exist bakal bersatu semula pada tahun ini dan tampil mengadakan konsert bersama.
Perkara itu disahkan sendiri oleh komposer terkenal yang juga anggota asal Exist, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas.
Menurut Ajai, tahun ini adalah tahun paling tepat untuk mengubat kerinduan peminat yang lama menantikan kemunculan mereka.
Related image

Sebenarnya perancangan untuk membuat reunion ini sudah diusulkan dua tahun lalu. Bagaimanapun masa tidak mengizinkan apalagi masing-masing ada komitmen sendiri.

Ajai turut menyatakan mereka bakal mulakan dengan persembahan di sebuah acara besar, konsert untuk RTM, kemudian ke Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Bersempena projek khas itu, Exist juga akan tampil dengan sebuah single baru yang menggabungkan paduan suara Ezad dan Mamat.

Selepas ini, kita pun tahu masing-masing akan sibuk namun sekurang-kurangnya ada kenangan untuk ini. Kalau ikutkan, memang susah nak kumpulkan balik disebabkan tidak mahu kacau agenda masing-masing

Exist ditubuhkan pada 1991 dengan anggota asalnya terdiri daripada Ujang, Along, Ajai, Musa, Shah, Ezad dan Mamat.
Antara rangkaian lagu popular Exist ialah Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu, Alasanmu, Jesnita, Mengintai Dari Tirai Kamar dan banyak lagi.
 
Sumber dari: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement