Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Erra Tak Kisah ‘Disatukan’ Dengan Bekas Suami

Gandingan Erra dan Yusry pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu. 

Published

on

Umum mengetahui penyanyi dan pelakon, Erra Fazira sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Yusry Abdul Halim sebelum bercerai pada 16 Jun 2006.

Erra yang bersikap profesional mengakui tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya mana-mana produksi berhasrat menggandingkannya dengan bekas suami.

“Ya, kalau digandingkan dalam satu screen, ia adalah kali pertama buat kami selepas 13 tahun.

“Kita dalam satu industri…pusing-pusing pun akan bersua juga,” kata Erra.

Malah, Erra berpendapat yang tinggal antara mereka hanyalah sejarah lama dan kenangan yang tidak seharusnya menjejaskan kredibiliti masing-masing dalam industri.

Pelakon filem Wangi itu juga gembira dengan kehidupannya ketika ini.

“Masing-masing dah ada kehidupan sendiri, dah happy dan saya pun gembira dengan hidup saya.

“Apa yang tinggal itu memori lama dan ia tidak menjejaskan apa-apa pun.

“Saya percaya Yusry pun dah matang dengan benda-benda begini dan tak timbul soal tercuit atau apa” ujarnya lagi.

Gandingan Erra dan Yusry pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu.

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement