Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Erma Fatima Nafi Dapat Gelaran Datuk

Pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima baru-baru ini dihujani ucapan tahniah selepas memuat naik gambarnya memakai pingat bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah.

Published

on

Pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima baru-baru ini dihujani ucapan tahniah selepas memuat naik gambarnya memakai pingat bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah.

Bagaimanapun, Erma menerusi laman Instagram menafikan beliau telah menerima gelaran Datuk.

“Gambar saya upload sebelum ini ramai yang menyangka saya dapat pingat Dato. Sukacita dimaklumkan bahawa pingat yang saya pakai di dada itu saya dapat beberapa tahun yang lalu dari Yang Di Pertuan Agung. Majlis hari ini mewajibkan memakai pingat yang pernah di perolehi sebelum ini,” tulisnya.

Dalam pada sama, penerbit drama bersiri popular Mak Cun ini juga menjelaskan dia belum layak untuk ‘title’ datuk dan berharap orang ramai tidak keliru dengan gambar yang dimuat naiknya.

 “Saya belum layak mendapat gelaran Dato jadi jgn silap sangka,” ujarnya lagi.

Apa pun, tak salah jika perkara itu menjadi kenyataan suatu hari nanti kan? Kita doakan yang baik-baik saja buat Erma Fatima.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement