Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Episod Akhir Drama Ironi Kasih Temui Penonton

Jangan lupa tonton okay!

Published

on

‘Kaki drama’ sudah pasti tertunggu-tunggu apakah kesudahan cerita Ironi Kasih, kan?

Ironi Kasih adalah drama yang kini ditayangkan di slot Akasia TV3, Isnin hingga Jumaat menyaksikan lakonan hebat Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Datuk Fizz Fairuz, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Watak ‘Kasih’ atau ‘Kak Omel’ yang dilakonkan Intan Najuwa sebagai pengasuh dan pembantu rumah bukanlah seperti karakter biasa yang dilakonkannya kerana watak tersebut mempunyai plot twist di pertengahan cerita.

Penonton juga dapat melihat perbezaan karakter yang dijayakan Intan Ladyana dalam drama tersebut apabila membawa watak seorang ibu bekerjaya dan imej bertudung.

Persoalannya, berjayakah misi membalas dendam Kasih ? Apakah bakal terjadi pada kehidupan suami serta anaknya, Johan dan Danish selepas ini?

Sama-sama kita nantikan episod ke-15, iaitu episod akhir drama tersebut yang akan disiarkan pada 22 April, jam 7 malam di TV3!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement