Connect with us
Kool FM

Semasa

Emosi Tidak Menentu, Apakah Peranan Agama Penting Sewaktu Ini?

“Ramai impikan semua impian mereka tercapai namun mereka lupa kehidupan ini seperti sebiji permata yang  bermula dari sebuah arang dimana perlu dibakar sehinga menjadi permata,”

Published

on

Perkara paling membimbangkan apabila seseorang yang pada luarannya nampak sihat dan kelihatan normal namun hakikatnya mempunyai penyakit tersembunyi. Penyakit itu adalah perasaan kemurungan atau tekanan.

Menurut Presiden Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ustaz Azmi Abdul Hamid apabila berlaku situasi ini berlaku, saat inilah peranan agama main peranan penting dalam mengawal emosi seseorang.

Baiki hubungan Malaysia-India jangan sampai gadai prinsip: Mapim

“Ramai impikan semua impian mereka tercapai namun mereka lupa kehidupan ini seperti sebiji permata yang  bermula dari sebuah arang di mana perlu dibakar sehinga menjadi permata.

Begitulah juga kehidupan kita. Harus diuji dan digilap menjadi seseorang lebih baik dan dengan itulah kita akan menemukan kepuasan dan kesempurnaan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kepada mereka yang merasakan diri mereka stres dan tertekan sewaktu COVID-19 ini kerana pendapatan berkurang, perniagaan merundum, stres dengan keluarga atau masyarakat, waktu inilah paling baik untuk merujuk agama sebagai pedoman jernih yang disusun oleh Maha Pencipta.

Untuk dengarkan lebih terperinci perbincangan ini, dengarkan Kool Talk disini.

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement