Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Emosi, Bapa Bunuh Anak Berebut Kudapan

Mardi bakal berdepan tuduhan di mahkamah dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Published

on

Seorang bapa mengakui membunuh anak lelakinya berusia 15 tahun gara-gara berang mangsa bertengkar dengan adiknya ketika berebut kudapan.

Dalam kejadian di Palangkaraya, Kalimantan Tengah itu, remaja bernama Eko ditusuk pisau dibaling bapanya sendiri ketika pulang dari kedai membawa roti dan susu kotak.

Difahamkan, Eko memberi susu berkenaan kepada adiknya namun pertengkaran bermula apabila kanak-kanak itu juga mahu menjamah roti berkenaan.

Ekoran itu ayahnya, Mardi, 45, yang sedang mengupas jagung berang lalu membaling pisau ke arahnya secara tidak sengaja sehingga menembusi dada Eko.

Mangsa sempat dibawa ke hospital namun tidak berjaya diselamatkan.

Mardi dilaporkan cuba menutup perbuatannya dengan memberitahu pihak polis Eko terjatuh ke atas pisau itu ketika bertengkar dengan adiknya, namun polis mula curiga apabila siasatan mendapati keadaan tempat kejadian tidak sepadan dengan apa diceritakan Mardi.

Hasil bedah siasat dan keterangan adik Eko, Mardi akhirnya mengaku perbuatannya yang tidak disengajakan itu.

Dia kini bakal berdepan tuduhan di mahkamah dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement