Semasa & Hiburan
Emma Stone Kongsi Foto Cincin Tunang
Tahniah!
Tahniah! buat bintang Oscar Emma Stone yang baru sahaja bertunang dengan pilihan hatinya Dave McCary.
Berita berkenaan di papar oleh teman lelakinya menerusi laman Instagram sambil menunjukkan wajah bahagia Emma dengan cincin yang disarungkan pada jari manis tangan kiri pelakon tersebut.
Tiada ungkapan bahagia ditulis McCary, namun hanya menyematkan emoticon cinta berwarna merah jambu pada foto tersebut.
Dave McCary yang telah menjalinkan hubungan dengan Emma sejak tahun 2017 itu juga adalah seorang produser program Saturday Night Live.