Connect with us
alt_img>

Hiburan

Emma Maembong Buka Tudung, Syed Abdullah Kecewa Dituduh Sebagai Punca

Pelakon popular, Emma Maembong semalam membuat pengakuan sudah tidak lagi berhijab sejak Isnin lalu.

Published

on


Pelakon popular, Emma Maembong semalam membuat pengakuan sudah tidak lagi berhijab sejak Isnin lalu.
Gara-gara pengakuan tersebut, laman Instagram Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, jejaka yang dikatakan rapat dengan Emma turut menjadi sasaran serangan netizen.

Laman sosialnya dibanjiri pelbagai komen, malah ada yang menuding jari menuduhnya sebagai penyebab Emma mengambil keputusan untuk membuka tudung.
Mengakui kecewa apabila dirinya dikatakan sedemikian, namun dia tetap menganggap perkara tersebut sebagai cabaran.

“Saya anggap semua ini sebagai cabaran. Terima kasih atas teguran, saya hargai komen ini,” tulisnya dalam satu komen balas di laman Instagram. 

Meskipun menerima pelbagai komen negatif, Syed Abdullah tetap menghargai mereka yang positif dan berusaha menegurnya dengan baik.

Dalam pada itu, Emma menjelaskan keputusannya untuk tidak lagi bertudung dibuat bukan disebabkan kontroversi foto mesra bersama Syed Abdullah yang tular baru-baru ini, sebaliknya sudah lama difikirkan.

“Saya tahu ramai yang marah dan saya minta maaf. Biarlah keputusan ini antara saya dengan Allah. Lagipun, ia bukan keputusan yang dibuat secara mengejut, sebaliknya sudah lama saya fikirkan,” katanya.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Emma Maembong. Diharapkan Emma kembali berhijab di masa akan datang ya.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement