Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Emelda Rosmila Masih Relevan

Emelda dihujani pelbagai tawaran sejak kembali aktif.

Published

on

Walaupun sudah hampir dua dekad membina reputasi sebagai pelakon, Emelda Rosmila bersyukur namanya masih relevan dalam industri hiburan tanah air.

Malah, dia dihujani pelbagai tawaran sejak kembali aktif hampir dua tahun lalu.

“Saya kembali aktif sejak September 2017 dan drama Kekasih Paksa Rela menjadi titik permulaan pengarah melihat kemampuan saya mempelbagaikan karakter.

“Selagi ada yang mempercayai bakat, saya akan terus berusaha memberikan yang terbaik. Sebagai pelakon senior, saya lebih menitikberatkan keberkesanan sesuatu karakter.

“Mungkin saya tidak banyak berlakon, tetapi saya puas kerana setiap kemunculan meninggalkan impak tersendiri kepada penonton,” katanya.

Sementara itu, Emelda juga masih terkesan dengan pujian diterima menerusi watak Fara, iaitu wanita yang berdepan gangguan mental yang dibawakan dalam drama Hilang Yang Kembali.

“Siapa yang tidak suka jika lakonan mereka dipuji? Saya hargai kata positif peminat, malah ia menyuntik motivasi untuk saya terus melipatgandakan usaha,” ujar Emelda lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement