Home > #CeriteraKool > Elton John Berang Peminat Biadap

Penghibur yang popular menerusi lagu Sorry Seems To Be The Hardest Word, Elton John dilaporkan mengamuk apabila salah seorang peminat yang dijemput naik ke pentas menyentuhnya ketika dia sedang membuat persembahan ketika bermain piano.

Sambil mengeluarkan kata-kata kesat, Elton memberi amaran kepada lelaki itu agar tidak menyentuhnya sebelum bertindak meninggalkan pentas.

Kejadian itu membuatkan beberapa peminat lain yang turut berada di pentas terkejut dengan sikap penyanyi legenda itu.

Anda telah merosakkan malam ini! Kerana anda juga tiada lagi peminat akan dijemput naik ke pentas.

Menerusi laporan daripada satu portal hiburan online, Elton mengadakan persembahan residensi di Las Vegas pada Khamis minggu lalu.

Akibat kejadian itu, semua peminat diminta kembali ke tempat duduk masing-masing manakala lelaki yang cuba menyentuhnya dihalau keluar daripada dewan.

Elton kemudiannya kembali ke pentas untuk meneruskan persembahan.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply