Connect with us

Hiburan

Elly Mazlien Kahwin 2020

Bukan sehaja cantik, malah lemah lembut dan berbakat. Bertuah bakal suami Kak Lina Pom Pom!

Published

on

Pelakon yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, Elly Mazlien mengesahkan bakal menamatkan zaman solonya tahun depan.

“Boleh dikatakan saya wanita paling bahagia saat ini. Saya bersyukur dipertemukan dengan insan paling istimewa.

“Saya tidak sabar menunggu hari paling bermakna kami yang dijangka berlangsung pada 2020,” katanya.

Menurut Elly, dia menganggap perkahwinan yang bakal berlangsung itu adalah yang ‘pertama’ buat dirinya dan mengidamkan majlis yang meriah.

“Ketika perkahwinan terdahulu ada banyak perkara yang tidak dapat saya realisasikan kerana arwah mama baru sahaja meninggal ketika itu.

“Jadi teringin majlis nanti meriah seperti perkahwinan selebriti lain. Saya nak jemput kawan-kawan rapat pada hari bersejarah nanti,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Elly berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Safhia Azmi, 2, namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hm…bila agaknya Elly akan umumkan tarikh pernikahannya kan? Sama-sama kita tunggu!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement