Menurut Ella, beliau pernah mendapat tawaran yang sama daripada kenalan artis iaitu Farah Fauzana, tetapi terpaksa menolak atas faktor jadual yang padat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman ikon misi kemanusian Palestin dan Syria pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) di sebuah hotel di sini hari ini.

Pada majlis itu Ella bersama suami, Kapten Azhar Ghazali, 38, dilantik sebagai ikon KKB yang berperanan mempromosikan kutipan derma #1follower1ringgit.

Menurut Pengarah KKB, Prof. Madya Dr Roslan Ahmad, pelantikan pasangan itu merupakan pilihan tepat memandangkan Ella khususnya mempunyai kelompok peminat yang setia untuk menjayakan kempen KKB.

Tidak menyasarkan sebarang jumlah kutipan Roslan berkata, fokus KKB adalah menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik terutama dalam kalangan pelarian kanak-kanak.

Misi kemanusian KKB untuk pelarian Palestin dan Syria melibatkan beberapa buah kem antaranya, Beqaa, Aakar dan Beirut.