Semasa & Hiburan
Elfira Loy Timang Bayi Lelaki, Tahniah!
TAHNIAH EL!
Wah, cantik tarikh lahirnya, 1.10.2019!
Tahniah buat pelakon dan pengacara, Elfira Loy yang kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan anak sulung semalam (Selasa) jam 5.40 petang di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra, Seri Kembangan, Selangor.
Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Binti Mohd Sabri, 25, bersalin secara normal, malah 8 hari lebih awal daripada jangkaan doktor dengan bayi lelaki seberat 3.68 kilogram (kg).
Bagaimanapun, Elfira dan suami Khairol Faris Anuar masih belum mendedahkan nama putera sulung mereka itu.
Tahniah El!