Hiburan
Elfira Loy Sokong Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Di Wajibkan
Sayangi nyawa anak anda dan tingkatkan ciri keselamatan
Published
1 month agoon
By
Azra AzuarUmum mengetahui bermula 1 Januari 2020, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan masing-masing untuk melindungi mereka daripada mengalami kecederaan atau kematian sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Terkini, pelakon Elfira Loy yang baru sahaja melahirkan bayi sulungnya beberapa hari lalu turut meminta pendapat dengan pengikut di laman Instagram miliknya.
Elfira menerusi ruangan Insta Stories menyatakan ramai tidak mahu meletakkan anak dalam kerusi keselamatan kerana merasakan bayi mereka masih lembut dan tidak selesa.
Sementara itu, memetik sumber Berita Harian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila banyak kematian telah dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.
Kanak-kanak adalah golongan yang turut sama berada di atas jalan raya dan mereka juga terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap kecederaan sekiranya terbabit di dalam nahas jalan raya.
Jadi kepada ibu bapa, sayangilah nyawa anak-anak anda dan segeralah tingkatkan keselamatan dengan mendapatkan kerusi khas untuk mereka.
Sumber daripada: Instagram Elfira Loy & Berita Harian
You may like
-
Drama Adellea Sofia Lakonan Mira Filzah Temui Penonton 7 Malam Ini!
-
Minggu Pertama Ejen Ali The Movie Cecah RM13 Juta!
-
Emma Stone Kongsi Foto Cincin Tunang
-
“Dalam 2 Hari Ni Barulah Nampak Senyum, Boleh Bergurau Balik” – Saharul Ridzwan
-
Kongsi Video Berqasidah, Alunan Suara DS Siti Dipuji Peminat
-
Penyanyi Lagu Memori Cinta Luka Pulang Ke Rahmatullah