Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Elakkan Makanan Tercemar Di Dalam Peti Sejuk, Hindari Bakteria Dengan Cara Ini

Sama-sama kita jaga kebersihan makanan!

Published

on

Kegunaan peti sejuk adalah sangat penting bagi setiap isi rumah. Disitulah barang basah dan barang segar disimpan. Tahukah anda, ada yang beranggapan bahawa peti sejuk adalah tempat penyimpanan makanan paling selamat malah tidak membahayakan kesihatan. Lebih-lebih lagi apabila ada yang menyangka makanan yang disimpan dalam peti sejuk tidak akan basi. Hakikat itu tidak benar kerana peti sejuk juga boleh menjadi ‘lubuk’ pembiakan bakteria sekali gus merosakkan makanan dan berpotensi sebagai punca jangkitan kuman kepada pengguna.

14 Makanan Yang Tak Sepatutnya Disimpan Dalam Peti Sejuk

Menurut kajian Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital, Dr S Malar Santhi, kuman masih boleh membiak di dalam peti sejuk, tetapi suhu yang rendah dapat memperlahankan proses pembiakan pelbagai bakteria sekali gus melambatkan makanan menjadi basi.

Ini adalah 2 jenis kuman yang membiak dalam peti sejuk :

Bakteria Pertama 

Ia bersifat patogen iaitu ejen penyebab jangkitan penyakit kepada manusia. Contoh bakteria ini ialah Salmonella yang selalunya ada pada telur dan susu. Manakala bakteria ‘Clostridium perfringes’ pula ada pada lasagna dan lauk-pauk serta ‘Campylobacter’ pada daging, ayam dan ikan.

This Is Why You Should Never Store Eggs In The Fridge Door ...

Bakteria Kedua

Kuman seperti ‘Pseudomonas’ dan kulat seperti ‘Aspergillus’ yang menyebabkan bau serta rasa makanan berubah, namun ia tidak menyebabkan jangkitan atau penyakit. Kuman seperti ini dikenali sebagai bakteria pembusuk. Lazimnya, walaupun termakan makanan yang berubah bau dan rasa, ia tidak akan menyebabkan penyakit, tetapi memberi rasa tidak enak atau kurang bersih.

Tahu Tak Nasi & Roti Basi Boleh Buat Baja? | Donna

Mengulas lanjut, Dr S Malar Santhi berkata dua risiko penyakit iaitu keracunan makanan dan jangkitan pada usus boleh berlaku kepada pengguna disebabkan bakteria dalam peti sejuk ini.

Ramai juga yang tidak mengetahui ada beberapa jenis makanan yang sebenarnya menggalakkan pembiakan bakteria apabila disimpan dalam peti sejuk. Contohnya  seperti daging lembu, kambing, ayam dan ikan. Air daripada bahan mentah sebegini, jika mengalir dan terkena pada sayur atau buah boleh menyebabkan pembiakan bakteria menerusi jangkitan silang terutama apabila dimakan mentah atau separa masak.

Oleh itu, bahan ini perlu disimpan menggunakan kaedah penyimpanan yang betul bagi mengelakkannya menjadi ejen pencemar kepada makanan lain dalam peti sejuk. Sebagai pengguna yang bijak, anda perlu mengetahui cara penggunaan peti sejuk yang betul dan selamat.

Ini antara langkah yang boleh dibuat :

1. Pastikan suhu peti sejuk kurang daripada empat hingga lima darjah celsius.

2. Bahagian sejuk beku pula untuk makanan basah, suhu disarankan ialah serendah negatif 18 darjah celcius atau paling kurang sifar darjah celsius.

3. Amalkan kaedah penjagaan peti sejuk yang betul supaya tidak memberi kesan terhadap kesihatan.

4. Pastikan suhu dalam peti sejuk dikekalkan pada julat yang stabil, bukannya kerap menukar suhu menaik atau menurun.

5. Tutup bekas makanan walaupun dalam peti sejuk. Bekas makanan yang terbuka, memudahkan pembiakan bakteria kerana suhu lebih tidak stabil.

6. Letak makanan basah seperti ikan, ayam dan daging dalam bekas bertutup atau plastik. Ini kerana air daripada makanan ini boleh mencemarkan makanan lain.

Semoga artikel ini memberikan manfaat kepada semua.

Sumber dari Harian Metro.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement