Connect with us
Kool FM

Berita

Elakkan ‘Kematian Kot’, Doktor Ini Kongsi Posisi Tidur Bayi Yang Betul

Ramai tak tahu sebenarnya..

Published

on

Rata-rata di antra anda pasti tahu tentang Sudden Infant Death Syndrome atau SIDS kan.

Kepada mereka yang tidak tahu apa itu SIDS, ia adalah kematian mengejut melibatkan bayi sihat yang berusia kurang setahun.

Sudah beberapa kematian dilaporkan media melibatkan SIDS ini. Selain itu, ia turut dikenali sebagai kematian di tempat tidur kerana hampir kesemua kematian melibatkan bayi berlaku semasa tidur.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan SIDS. Antaranya adalah faktor fizikal, tempat tidur, risiko dan juga ibu bayi itu sendiri.

Terbaharu, seorang doktor dikenali sebagai Nimelesh berkongsi tentang posisi tidur bayi yang betul di laman Twitter miliknya:-

Menurutnya, posisi tidur secara mengiring atau meniarap boleh menganggu pernafasan bayi.

Doktor berkenaan turut memberi nasihat supaya ibu bapa memanfaatkan penggunaan tilam yang lembut. Sama juga seperti di atas, sekiranya bayi tidur meniarap atas tilam yang lembut dengan comforter, ini boleh menghalang salur pernafasan bayi.

Selain itu, membiarkan bayi terlalu panas boleh meningkatkan risiko kematian yang turut dipanggil  ‘kematian kot’.

Cara mencegah yang lain termasuklah

– Tidurkan bayi secara menelentang di dalam kot (Bukan mengiring atau meniarap)

– Gunakan tilam yang rata dan kejap,

– Elak letak bantal atau alat mainan dalam kot bayi

– Jangan tidur dengan bayi atas katil

– Gunakan cadar yang diperbuat daripada kapas ringan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement