Gaya Hidup
Elak Gunakan Ayat Ini Untuk Kehidupan Yang Positif!
Segala apa yang anda perkatakan sebenarnya memberi kesan terhadap diri anda sendiri.
Segala apa yang anda perkatakan sebenarnya memberi kesan terhadap diri anda sendiri. Oleh itu, Donna akan beri anda senarai perkataan yang patut anda elakkan mulai sekarang dan lihat hasilnya selepas seminggu! Mesti sekeliling anda semuanya aura positif je.
“Aku ni tak cantiklah…”
Perempuan sering mengalami masalah suka memandang buruk pada diri mereka. Walhal, tak la seperti yang dikatakan tapi, bila anda dah tuturkan pada mulut anda, otak anda akan membuatkan anda ke arah situ. Itu yang membuatkan diri anda rasa kurang keyakinan diri.
Mulai hari ini, gantikan perkataan yang positif. Cari kelebihan dalam diri anda, pasti anda akan kelihatan cantik luar dan dalam.
“Saya hanya….” atau “Kalaulah…”
Jangan hadkan diri anda dan hidup dalam berimaginasi. Contohnya, “aku hanya boleh lari 500 meter je, tak mampu nak lari lebih dari itu” atau “kalaulah aku ada perniagaan sendiri, aku mesti….”. Sebolehnya, fikir yang anda boleh lakukan dan cuba cari jalan untuk mencapai matlamat anda.
Berani mengambil risiko dan sentiasa mencari peluang untuk majukan diri.
Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini
Penulis: Donna