Connect with us

Berita

Elak Gol Kontroversi, VAR Harus Segera Digunakan

JDT muncul juara Piala Malaysia selepas membenam Kedah 3-0 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Published

on

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) diharapkan segera menggunakan bantuan video (VAR) bagi menyelesaikan kemelut gol kontroversi yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain, pasukan dan penyokong.

Hal ini susulan gol kedua Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala Malaysia malam kelmarin mengundang kontroversi sama ada melepasi garisan gol atau sebaliknya.

Gol yang dihasilkan tonggak JDT, Safawi Rasid menerusi sepakan percuma itu terkena tiang lalu melantun dan melintasi garisan gol Kedah sebelum keluar dari pintu gol.

Pengadil, Nazmi Nasaruddin yang mendapatkan nasihat penjaga garisan di belakang gol mengesahkan gol berkenaan.

Menurut penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim berkata, gol kedua itu meruntuh moral skuad Lang Merah, sekali gus mengganggu rentak permainan.

“Melihat kepada gol kedua itu sebenarnya saya pun tidak nampak keadaannya sebelum pengadil membenarkan jaringan itu yang disahkan oleh pembantu pengadil di sebelah kiri gol.

“Harap lepas ini Liga Bolasepak Malaysia (MFL) boleh menggunakan VAR bagi mengelak berlakunya gol kontroversi,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Syazwan Msar.

Sabtu lalu, JDT muncul juara Piala Malaysia selepas membenam Kedah 3-0 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement