Connect with us
Kool FM

Berita

Ekonomi negara kembali pulih

Published

on


Lebihan dagangan melonjak 98.7 peratus pada Jun 2020

KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan negara kembali merekodkan peningkatan positif apabila lebihan dagangan melon­jak sebanyak 98.7 peratus atau RM20.89 bilion tahun ke tahun pada Jun 2020, sekali gus merupakan lebihan dagangan bulanan tertinggi pernah dicatatkan.

MIDF Research dalam nota kajiannya semalam me­ngunjurkan peningkatan prestasi perdagangan bagi separuh kedua 2020 berdasarkan kepada pembukaan semula kebanyakan ekonomi global secara ber­peringkat yang bakal meningkatkan permintaan sekali gus melonjakkan aliran dagangan.

Jelas firma penyelidikan itu, kebangkitan semula ekonomi China yang juga rakan dagangan terbesar negara turut menjadikan permintaan produk Malaysia akan terus melonjak.

“Namun begitu, terdapat beberapa risiko yang boleh menjejaskan unjuran itu termasuk gelombang baharu Covid-19 dan peningkatan perlindungan yang menjejaskan usaha kebanyakan negara untuk memulakan ­semula ekonomi.

“Kami mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada kadar -8.3 peratus secara ­keseluruhan tahun ini berban­ding 2019,”katanya semalam.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kenyataan memberitahu, lebihan dagangan itu dicapai ­selepas peningkatan 8.8 peratus eksport kepada RM82.87 bilion berbanding Jun 2019 manakala jumlah import susut 5.6 peratus kepada RM61.98 bilion.

Jumlah perdagangan secara menyeluruh pula menokok 2.2 peratus kepada RM144.84 bilion menerusi dagangan dengan China, Amerika Syarikat (AS), Hong Kong dan Vietnam.

Katanya, jumlah perdaga­ngan, eksport dan import juga masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 26, 32.3 dan 18.6 peratus manakala dagangan melonjak 101.1 peratus untuk bulan Jun 2020 berban­ding bulan sebelumnya.

“Prestasi lebih baik ini adalah selari dengan penarikan secara berperingkat terhadap sekatan yang telah dikenakan di Malaysia dan seluruh dunia berikutan pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, jumlah ­dagangan bagi suku kedua ­tahun ini merosot 14.7 ­peratus pada kadar RM392.96 bilion berbanding suku sama 2019 dengan eksport berjumlah RM210.3 bilion, susut 14.3 pera­tus manakala import ­turut turun 15.1 peratus bernilai RM182.66 bilion. Lebihan ­dagangan juga turun 9.1 peratus sebanyak RM27.64 bilion pada suku tahun ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi separuh tahun pertama tahun ini, jumlah perdagangan negara direkodkan pada kadar RM833.36 bilion susut tujuh peratus berbanding tempoh sama 2019. Dengan dagangan yang lebih rendah telah dicatatkan dengan Thailand, Singapura, India, Jepun dan Jerman manakala jumlah perdagangan dengan Korea Selatan dan AS meningkat.

Eksport pada tempoh ini pula bernilai RM448.99 bilion, turun 6.8 peratus manakala ­import berjumlah RM384.38 ­bilion merosot 7.2 peratus ­dengan lebihan dagangan sebanyak RM64.61 bilion direkodkan dalam tempoh ini berkurangan 4.1 peratus.

The post Ekonomi negara kembali pulih appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement