Semasa & Hiburan
Eizlan Yusof Menang Most Promising Actor!
Eizlan buktikan bakat Malaysia boleh ke luar negara
“Malaysia, ini untuk anda!”
Pelakon dan penerbit Eizlan Yusof menerima anugerah Asian Most Promising Actor Award di 24th Chunsa Film Art Awards di Seoul, Korea Selatan semalam, 18 Julai.

Foto Harian Metro
Eizlan berkata, ia satu penghormatan buatnya sebagai anak seni dari Malaysia yang menerima pengiktirafan tinggi di luar negara terutama dari Korea Selatan.
“Ia juga membuktikan bakat dari Malaysia boleh melebarkan sayap ke luar negara dan secara tidak langsung membuka peluang kepada kita untuk mendapatkan kerjasama antara dua negara bagi memperkasakan industri kreatif Malaysia.”
Kategori Asian Most Promising Actress diberikan kepada pelakon dari China, Li Yixiao.
Anugerah dimenangi Eizlan itu adalah kategori baru yang diwujudkan dalam festival yang diasaskan Persatuan Pengarah-Pengarah Filem Korea sejak 1990.
Dalam acara itu, filem Parasites arahan Bong Joon-ho menang empat anugerah termasuk pengarah terbaik.
Filem popular yang pernah mencipta sejarah dalam festival itu sebelum ini antaranya Train To Busan dan Along With The Gods: The Two World.
Sumber: Harian Metro