Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Eizlan Lega Anak Selamat

Alhamdulillah, Zareef tidak mengalami kecederaan dalam insiden terbabit.

Published

on

Anak kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof, 9, yang merupakan pelakon cilik terbabit kemalangan di Sabak Bernam, pagi semalam.

“Saya sangat panik sebaik mengetahui Zareef kemalangan. Syukur kepada Allah tiada yang serius menimpa ke atas anak saya,” kata Eizlan.

Menurut Eizlan, dia mengetahui tentang kejadian menerusi aplikasi WhatsApp yang dikirimkan rakannya.

“Sebelum itu saya dihubungi beberapa kali jam 8.30 pagi namun tidak menyedari kerana telefon bimbit dalam keadaan mod diam, berikutan sedang bekerja di Kuala Lumpur.

“Apabila tahu anak kemalangan, saya begitu terkejut, panik dan cemas,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Zareef menaiki sebuah kereta dipandu ibu saudaranya menuju ke set penggambaran drama Mak Cun musim kelima di Sabak Bernam.

“Alhamdulillah, apa yang penting Zareef tidak cedera dan dia sudah berada di lokasi bagi menyambung penggambaran,” luah Eizlan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement