Home > #CeriteraKool > Dulu Diejek Rakan Sekolah, Kini Siapa Sangka Gadis Ini Calon Ratu Cantik Malaysia

Dulu Diejek Rakan Sekolah, Kini Siapa Sangka Gadis Ini Calon Ratu Cantik Malaysia

Gadis ini sebelumnya pernah tertekan dengan pelbagai soalan berkenaan tahi lalat yang hampir memenuhi kesemua muka dan tubuhnya dan selalu mengurungkan diri di dalam bilik kerana hilang keyakinan diri.

Itulah yang dialami Evita Patcey Edgar Delmundo, 20, yang kini lebih berkeyakinan sehingga bertuah apabila disenaraikan dalam saringan 50 peserta awal bagi pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2018.

evita_delmundo

Dia dan keluarga pernah berjumpa dengan doktor pakar mengenai tanda kelahirannya dan kali terakhir semasa usianya 18 tahun.

Evita yang berasal dari Kudat, Sabah ini memberitahu bahawa ia hanyalah tahi lalat biasa cuma bilangannya terlalu banyak.

Evita-Patcey-Edgar-Delmundo

“Banyak sangat, tak terkira. Mungkin lebih 100 tahi lalat ada di muka dan seluruh badan. Semasa dibangku sekolah dulu pernah terfikir nak buang sebab selalu diejek.

“Tapi tak boleh buang sebab tahi lalat tumbuh di seluruh badan. Kalau nak buang, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan saya,” katanya menerusi sebuah portal hiburan.

Evita terdahulu pernah terpilih dalam saringan 50 peserta awal Miss Universe Malaysia 2018.

Walaupun pernah berhasrat untuk membuang kesemua tahi lalat, tetapi anak kedua dari lima beradik ini kini lebih selesa dengan penampilannya itu.

“Saya lebih yakin dengan keadaan sekarang. Kalau saya buang (tahi lalat), saya bukan lagi Evita. Saya sangat bangga dengan diri saya sekarang.

“Sebab ini adalah anugerah Tuhan. Kalau saya buang, ia menunjukkan saya tidak menghargai ciptaan Tuhan,” kata anak kedua daripada lima beradik ini.

 

Leave a Reply