Connect with us

Hiburan

Dua Tahun Kerja Keras, Stacy Kembali Langsing!

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Published

on

Penyanyi kelahiran Sabah Stacy mengakui semakin selesa dengan penampilannya selepas hampir dua tahun berusaha mendapatkan susuk tubuh yang langsing.

Bukan kerana mahu mengikut trend atau menjadi streotaip, namun ia bagi memudahkan dirinya beraksi di atas pentas.

“Badan saya agak berisi selepas melahirkan Eshaal menyebabkan saya mudah penat dan mengah, terutama apabila melakukan aktiviti berat.

“Saya berkorban menyekat selera, pada masa sama bersenam di gimnasium untuk mendapatkan kembali stamina. Semua itu memerlukan komitmen yang tinggi dan ia hanya dicapai selepas dua tahun berusaha,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga pihak yang kurang senang dengan penampilan terkininya itu.

“Mereka berpendapat, saya lebih sesuai berisi kerana susuk tubuh yang kurus menyebabkan wajah saya nampak sedikit berusia. Saya tidak terasa hati, sebaliknya mengambil teguran itu dari sudut positif.

“Saya perlu mengawal berat badan untuk memudahkan pergerakan di pentas. Sebelum ini, saya cepat penat apabila menari dan menyanyi.

“Apabila badan ringan, saya rasa lebih selesa melontarkan vokal, terutama ketika menyanyikan lagu bernada tinggi,” ujar Stacy yang baru tampil dengan single terbaru, Khayal.

View this post on Instagram

Bila sudah kurus ni rasa ringan sangat badan ni mau dance pun rasa enjoy.💃🏻 Segala pergerakan pun jadi macam iklan Anlene😝 In Sha Allah kita tidak sakit tau cuma mungkin kesan lepas beranak dan ke gym haritu dan amalkan masa makan cara yang sihat. Jenis badan kita semua pun lain-lain jadi mari kita bersyukur dan happy2 lah setiap apa yang ada selagi tidak jatuh sakit dapat senyum nampak keluarga tersayang, itulah nikmat kehidupan Aaminn. Jangan stress sebab badan gemuk atau terlalu kurus tau, nanti jadi lagi stress pastu semua pun tambah jadi lagi Bida chingggggg!! Jom terus berkhayal cerita best untuk elak segala stress yang mendatang sambil-sambil kita melayan lagu KHAYAL Sampai ke Bulan!!❤️❤️ . #flawlesskeranafilter👻 #bersyukurselalu #tipsnyajanganstress #tulangmemangkecil

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Tak salah untuk kita memiliki tubuh badan yang kurus, tetapi jangan pula terlampau ikat perut sampai mengundang penyakit.

Apa komen anda tentang penampilan terkini Stacy, okay tak?

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement