Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Dua Sekolah Di Melaka Masih Ditutup

Dua sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong dan SK Belimbing Dalam.

Published

on

Murid-murid di dua sekolah di Melaka terpaksa menangguhkan lagi sesi pembelajaran mereka hari ini susulan kejadian bencana banjir.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Datuk Abu Bakar Sahari, dua sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di Melaka Tengah dan SK Belimbing Dalam di Alor Gajah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Jumlah murid dan guru terjejas di SK Krubong seramai 1,236 murid dan 71 guru manakala di SK Belimbing Dalam pula 484 murid dan 40 guru,” katanya.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, seramai 343 mangsa daripada 87 keluarga masih ditempatkan di SK Belimbing Dalam setakat 8 malam tadi.

Manakala di SK Krubong dalam daerah Melaka Tengah pula, 221 keluarga daripada 55 keluarga masih ditempatkan di PPS berkenaan.

“Secara keseluruhan, enam PPS masih beroperasi menempatkan 934 mangsa daripada 212 keluarga.

“Bagi daerah Alor Gajah, jumlah mangsa 524 orang daripada 111 buah keluarga yang ditempatkan di lima PPS selepas enam daripadanya ditutup secara berperingkat,” ujarnya. 

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement