Berita
Dua Pelajar Didenda RM126 Juta
Dua pelajar harus menerima kenyataan apabila diarahkan membayar denda berjumlah 27 juta euro (RM126 juta) oleh mahkamah susulan didapati bersalah membakar hutan.
Dua pelajar harus menerima kenyataan apabila diarahkan membayar denda berjumlah 27 juta euro (RM126 juta) oleh mahkamah susulan didapati bersalah membakar hutan.
Gambar hiasan
Difahamkan, dua pelajar Itali berusia 22 tahun terbabit mengadakan aktiviti barbeku di Rome bersama sekumpulan rakan berhampiran Tasik Como sempena sambutan Tahun Baru pada malam 30 Disember lalu.
Bagaimanapun sambutan itu bertukar menjadi tegang apabila mencetuskan kebakaran besar hingga memusnahkan kawasan hutan seluas 1,000 hektar.
Untuk pengetahuan, kebakaran tidak disangka itu turut memusnahkan beberapa bangunan termasuk bangunan yang menempatkan haiwan domestik.
Setakat ini, peguam mereka mempunyai masa tiga minggu untuk mencabar keputusan itu di mahkamah pentadbiran.