Connect with us

Hiburan

Dua Legenda Bergabung

Ella dan Ramli Sarip bakal berkongsi pentas untuk Konsert Kembara Kita.

Published

on

Sebut sahaja nama Ella Aminuddin, siapalah yang tidak kenal dengan Ratu Rock Malaysia ini.

Biarpun zaman kegemilangannya sudah berlalu, namun lagu-lagu penyanyi wanita ini masih lagi melekat dalam benak fikiran kita semua.

Berita baik untuk semua, Ella dikhabarkan bakal berkongsi pentas dengan penyanyi legenda rock, Datuk Ramli Sarip untuk Konsert Kembara Kita.

Konsert berkenaan akan berlangsung pada 14 dan 15 Februari depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dan merupakan gandingan pertama mereka selama berada dalam industri seni.

Sementara itu, Ella mengakui berasa berdebar menantikan hari konsert bersama Ramli yang jauh lebih berpengalaman daripada dirinya.

“Saya akui teruja namun dalam masa yang sama gementar apabila akan berkongsi pentas dengan Ramli.

“Saya anggap ini adalah peluang berharga dan tanpa berfikir lama terus terima tawaran ini,” katanya.

Menurut Ella, idea Konsert Kembara Kita pada awalnya datang daripada arwah gitaris, Fauzi Samin yang mahu melihat dua legenda rock ini bergabung di atas satu pentas.

“Apatah lagi gandingan ini juga adalah impian gitaris arwah Fauzi Samin atau Aji yang mahu melihat kami menjayakan konsert ini bersama.

“Saya mendapat tawaran mengadakan konsert ini tiga bulan lalu ketika Aji masih ada dan dia sempat memberi pandangan serta perancangan mengenai konsert.

“Walaupun sebelum ini tidak pernah terfikir akan menjayakan konsert ini, namun saya gembira kerana dapat merealisasikan impian arwah Aji,” ujar Ella lagi.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement