Connect with us
Kool FM

Berita

Dua beranak cuba seludup PATI ditahan

Published

on


BALING: Dua beranak yang cuba menyeludup dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ke Thailand ditahan dalam satu sekatan jalan raya sempena Op Benteng di Jalan Tanjung Pari di sini semalam.

Mereka yang berusia 26 dan 54 tahun itu didapati membawa PATI terbabit menggunakan kereta jenis Perodua Bezza pukul 7.25 malam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, kesemua suspek dalam perjalanan dari Kepong, Kuala Lumpur menghala ke Kampung Lamdin di Kuala Nerang dekat sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki Myanmar berusia 20 dan 33 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, hasil siasatan awal, pemandu kereta terbabit dengan ditemani bapanya menggunakan kenderaan sendiri sebagai kereta sapu untuk menghantar dua PATI itu ke Kampung Lamdin dengan upah RM500 bagi setiap penumpang.

“Pemandu mendakwa dia tidak mengetahui tujuan dua lelaki Myanmar ke kampung tersebut dan dipercayai ada individu lain yang akan mengambil mereka untuk dibawa ke sempadan Malaysia-Thailand,” ujarnya.

Menurut Syed Basri, dua beranak itu ditahan selama 28 hari mulai hari ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

“Pemandu kereta bekerja sebagai pengurus sebuah pasar raya besar manakala bapanya peniaga kedai makan yang mana mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain negatif dadah,” katanya.

Tambahnya, dua PATI itu pula ditahan selama 14 hari mulai hari ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – UTUSAN

The post Dua beranak cuba seludup PATI ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement