Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Drama Nur Dan Nur 2 Kini Merentas Ke Indonesia

Drama Nur yang pernah mencipta satu fenomena di seluruh negara apabila ia mencecah jumlah tontonan sebanyak 10 juta ketika di tayangkan di TV3 pada bulan Ramadan 2018 kini kembali ditayangkan, bukan di Malaysia tetapi di negara jiran kita, Indonesia.

Published

on

Drama Nur yang pernah mencipta satu fenomena di seluruh negara apabila ia mencecah jumlah tontonan sebanyak 10 juta ketika di tayangkan di TV3 pada bulan Ramadan 2018 kini kembali ditayangkan, bukan di Malaysia tetapi di negara jiran kita, Indonesia.

Nur berjaya merentas dan menembusi pasaran negara jiran setelah beberapa tahun disiarkan di tanah air. Drama tersebut mula ditayang sejak Selasa menerusi stesen televisyen Indonesia, MNCTV.

Baca juga: Khairul Aming Kembali Dengan 30 Hari 30 Resepi Ramadan

MNCTV media telah berkolaborasi bersama Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) dan memilih Nur sebagai drama yang paling sesuai dan layak untuk disiarkan di paparan televisyen seberang.

Menurut Nini Yusof, Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios, STMB dan MNCTV sangat teruja dengan kolaborasi ini dan ia merupakan satu langkah yang tepat apabila memandang kepada populariti drama Nur dan jumlah tontonan yang telah dicapai di TV3.

Sementara itu, drama rantaian fenomena ini juga dipilih kerana ia dipercayai menarik, menghiburkan serta ia merupakan antara hasil produksi yang hebat. Apa tidaknya, drama ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Azar Azmi.

Menurut Pengarah Program MNCTV, Endah Hari Utari, Nur akan menjadi tambahan variasi kepada kandungan sedia ada. Hal ini adalah kerana, naskhah tersebut dilihat berbeza berbanding program biasa yang ditayangkan dalam MNCTV sebelum ini. Dia juga berkata bahawa dia yakin drama hebat ini akan mengimarahkan lagi suasana Ramadan dalam MNCTV.

Ini adalah pertama kali Nur melangkaui sempadan negara. Shahrulezad iaitu pengarah drama Nur memang layak berbangga dengan hasil karya yang dicipta bersama seluruh produksi. Dia mengaku bahawa ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kerana rama ini mampu merentas ke Indonesia dan dia sangat teruja Nur masih diterima di rantau ini.

Sememangnya drama fenomena ini layak ditayangkan di kaca-kaca televisyen di seluruh rantau. Ianya sarat dengan mesej dan jalan cerita yang disampaikan berbeza daripada drama yang lain. Hasil sinematografinya juga cantik, setiap episod yang ditayangkan ibarat melihat satu tayangan filem di layar. Malah, barisan pelakonnya juga hebat, pandai memainkan watak sehingga penonton tidak dapat membezakan antara lakonan dan realiti. Buktinya, sehingga ke hari ini karekter Nur dan Ustaz Adam masih segar di ingatan penonton.

Baca juga: Trending Di Twitter Ramadan Pertama Tanpa Abah

Sumber: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement