Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Drama Kampung People Kembali Hiburkan Penonton TV3!

Memang tak kering gusi dibuatnya!

Published

on

Drama bersiri popular Kampung People yang pernah disiarkan menerusi slot Lestary TV3 bakal kembali menemui penonton sepanjang Ramadan ini.

Dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem, Kamarul Eqifshah dan ramai lagi, drama 13 episod penuh adegan lucu itu akan ditayangkan semula bermula 29 April ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi laman Instagram TV3 buat tatapan umum.

Kampung People ialah sebuah drama bergenre komedi dan kekeluargaan, setiap episod drama tersebut berjaya memikat hati ramai sehingga ia ‘trending’ di media sosial.

Bagi yang merindui telatah lucu Razif, Mona, Lailer dan Jaafer jangan lupa standby depan TV setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3 okay?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement