Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Drama Adellea Sofia Lakonan Mira Filzah Temui Penonton 7 Malam Ini!

Tak sabar ke tu? Nantikan di TV3.

Published

on

Perhatian buat semua kaki drama! Kehangatan drama rantaian Adellea Sofea lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz semakin dirasai.

Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama yang dijangka trending itu bakal disiarkan menerusi slot Akasia TV3 mulai 7 malam hari ini.

Adellea Sofia dijayakan oleh produksi Radiusone Sdn Bhd dan akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat.

Menariknya, selain Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz, drama ini turut dibintangi Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan.

Selain itu, lakonan Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi dan Sharisa Haris turut menyerikan lagi drama 28 episod ini.

SINOPSIS ADELLEA SOFEA

Mengisahkan Adellea Sofea (Mira Filzah) seorang gadis solehah yang jatuh cinta dengan sorang jejaka bernama Firdaus (Ungku Ismail), lelaki yang dianggap mampu memberi kebahagian dan memanisan dalam hidupnya.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah.

Rumahtangga yang bahagia mula berantakan. Kemuncaknya Firdaus ditangkap dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh isterinya sendiri.

Tak sabar ke tu? Nantikan di TV3 malam ini!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement