Connect with us

Hiburan

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Bawa Anak ke Solat Tarawih

Semoga tip ini sedikit sebanyak dapat membantu anda

Published

on

Orang kata melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka perlu di bawa ke masjid semenjak kecil supaya perasaan cintakan masjid serta cintakan solat berjemaah dapat dipupuk lebih awal dalam diri mereka.

Namun, kadangkala ibu bapa berasa ragu-ragu untuk membawa anak kecil ke masjid, mungkin disebabkan risau anak tak duduk diam dan mengganggu jemaah lain.
Bulan puasa pula, pasti ramai yang berebut-rebut untuk menambah pahala dengan menunaikan solat Tarawih. Tapi, bila fikirkan soal anak, hasrat boleh jadi terbantut kan?
Jangan risau, Dr. Sheikh Muszaphar ada kongsikan beberapa tip menerusi laman Instagram miliknya yang mungkin boleh dijadikan panduan:

View this post on Instagram

Video – Solat Tarawih with the Boys Surprisingly the boys were well behaved today . Adam & Noah just stood next to me during prayers . Alhamdulillah … 5 tips on bringing your young child for Solat Tarawih … 1. Be prepared Bring milk , diapers , their favourite toys along . You might never know when you need them . 2. Find a corner Solat right to the very end so that your child doesn’t disturb others. 3. Be aware of your child Never let your child wonder alone thinking the place is safe . 4. If a child continues crying, take them out and find out why . The child may be hungry or need diaper change . Don’t let the child continue crying as it will disturb others .Continue your Tarawih once they are okay . 5. Well fed the child before coming to the Masjid . If they sleep next to you , so be it . That’s okay . Bringing your child for Solat Tarawih is a good practice for them. They learn from others . But be sure not to disturb others who are performing their Solat . Just sharing . Good Night Everyone . Love As Always .

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

  1. Bersedia
    Bawa susu, lampin, mainan kegemaran mereka bersama-sama. Anda mungkin tidak tahu bila anda memerlukannya.
  2. Cari sudut
    Cari sudut terakhir atau hujung supaya anak anda tidak mengganggu orang lain.
  3. Berhati-hati dengan anak anda
    Jangan biarkan anak anda berkeliaran dan memikirkan tempat berkenaan selamat.
  4.  Jika anak terus menangis, bawa mereka keluar dan cari tahu mengapa. Kanak-kanak mungkin lapar atau memerlukan penukaran lampin. Jangan biarkan anak itu terus menangis kerana ia akan mengganggu orang lain. Teruskan Tarawih sebaik sahaja mereka baik-baik saja.
  5. Pastikan anak anda tidak lapar sebelum datang ke Masjid. Jika mereka tidur di sebelah anda,  tidak mengapa.

Semoga tip ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Selamat menjalani ibadah berpuasa!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement