Home > #CeriteraKool > Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Rawat Bayi Demam Tanpa Ubat

Pernah tak mengalami situasi disaat anak kita demam panas? Lebih-lebih lagi pada waktu malam. Sambil menggigil-gigil dan muntah atas katil. Menggelabah bukan?

Begitu juga dengan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar, yang mengakui dia turut tidak terlepas daripada perasaan bimbang apabila kedua-dua bayinya diserang penyakit demam.

Baru-baru ini Sheikh Muszaphar memaklumkan salah seorang anak kembarnya iaitu Adam telah demam dan selesema, sementara seorang lagi Noah sihat seperti biasa.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Sheikh Muszaphar yang juga merupakan seorang doktor bedah ortopedik menyatakan dia tidak tahu dari mana penyakit itu dijangkiti.

Bagaimanapun, Sheikh Muszapahar telah mengambil pendekatan itu, untuk berkongsi tip yang dilakukan untuk merawat bayinya yang baru berusia enam bulan itu tanpa sebarang pengambilan ubat.

1.Tanggalkan baju bayi

“Dengan suhu yang tinggi iaitu 38 hingga 39 darjah selsius, anda perlu tanggalkan baju bayi dan hanya memakaikannya dengan lampin sahaja,”

  1. Tuala basah

“Letakkan tuala basah ke atas badan mereka untuk menurunkan suhu mereka,”

  1. Guna ‘koolfever’

“Biasanya saya akan menggunakan ‘koolfever’ ke atas badannya sepanjang malam,”

  1. Demam campak atau ‘chickenpox’

“Dalam masa yang sama perhatikan jika ada sebarang ruam atau tanda merah yang naik ke atas badan bayi anda. Biasanya ruam demam campak atau ‘chickenpox’ akan keluar selepas masa lima hari demam panas.

  1. Asingkan dengan adik-beradik lain

“Ibu bapa perlu bersabar ketika merawat anak yang sakit dan cuba asingkan bayi yang demam dengan adik beradik lain,”

  1. Teruskan susuan ibu

“Ibu perlu terus menyusukan bayi yang demam,”

 

Sheikh Muszaphar berkongsi tip ini selepas mengamalkan kaedah tersebut selama tiga hari, anaknya pulih dari demam tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply