Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Dr. Amalina Jawab Beza Minum Air Sejuk Dan Panas Ketika Dalam Pantang

Jangan buat andaian..

Published

on

Siapa tak kenal dengan wanita cantik dan bijak bak kata orang putih โ€œbeauty with brainโ€ kan?

Ya! Dr. Nur Amalina Che Bakri lah gerangannya. Suatu ketika dahulu, beliau telah menggegarkan tanah air apabila meraih kejayaan cemerlang dengan meraih keputusan cemerlang 17 A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004.

Ketika ini, Dr. Amalina sedang berkhidmat sebagai pakar pelatih surgikal di sebuah hospital di United Kingdom.

Walaupun sibuk dengan tugasan harian, Dr. Amalina turut tidak melepaskan peluang untuk bersosial menerusi laman Twitter dengan menjawab persoalan yang diajukan terhadapnya.

Terkini, seorang pengguna laman berkenaan telah menanyakan tentang perbezaan minum air suam dan sejuk ketika wanita dalam pantang selepas melahirkan bayi. Ini jawapannya:-

Dalam pada itu, pengguna lain turut tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan tentang pendapat lain.

Walaubagaimanapun, Dr. Amalina juga sempat menasihati pengikutnya agar mempelajari mengenai konsep thermoregulations dan core body temperature untuk mengetahui lebih mendalam mengenaik perkara yang diutarakan.

Semoga lebih ramai anak muda yang dilahirkan menjadi pintar dan bijak seperti Dr. Amalina agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement