Connect with us

Berita

Doktor Sahkan Michael Schumacher Takkan Sama Seperti Dulu

Semoga cepat sembuh..

Published

on

Pakar bedah Itali Dr Nicola Acciarri pada 21 Januari dalam kenyataan memaklumkan bahawa pelumba Formula One Michael Schumacher ketika ini akan berbeza dengan sebelumnya.

Michael Schumacher dilapor mengalami cedera parah selepas bermain ski di pergunungan Alps Switzerland pada Disember 2013.

Selepas kejadian itu, Schumacher dilapor mengalami cedera otak dan trauma serta tidak muncul dikhalayak ramai berikutan koma pada masa yang sama.

Berita mengenai keadaan kesihatan Schumacher sendiri tidak dijelaskan susulan pihak keluarga mahu media menghormati keputusan mereka untuk merahsiakannya.

Pada September 2019, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa Schumacher telah di pindahkan ke sebuah pusat perubatan di Perancis bagi menjalani rawatan rahsia.

Bagaimanapun pada akhir tahun 2019 isteri Schumacher, Corinna memberi kenyataan agar peminatnya terus kekal kuat dan sama-sama berganding bahu mendoakan kesihatan suaminya kerana ia adalah tunjang utama bagi Schumacher untuk pulih dengan segera.

Cedera jangka panjang itu turut disahkan akan memberikan perubahan besar terhadap keadaan tubuh Schumacher.

Meninjau ke laman sosial pula, peminat menggunakan tanda pagar #keepfighting menandakan 6 tahun semenjak Schumacher terlantar sakit akibat bermain ski bersama anaknya Mick.

“Kami tahu Michael kini berada dalam keadaan baik, kerana dia mendapat kasih sayang, keselamatan dan keyakinan. Schumacher boleh menganggap dirinya bertuah kerana ada keluarga dan peminat yang masih menyokongnya.”, kata Corinna

6 tahun berlalu dan isterinya masih yakin bahawa Schumacher akan kembali muncul dikhalayak ramai.

 

Sumber daripada: The Daily Mail

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement